18 Apr 5 TIPS PENJAGAAN BATERI YANG BETUL

  1. Kedudukan bateri dalam kereta



    Kebanyakan bateri kenderaan mempunyai kotak plastik tahan lasak dengan dua sambungan terminal untuk kabel positif dan negatif. Bahagian terminal bateri biasanya diperbuat daripada plumbum ataupun tembaga. Jika ingin menanggalkan bateri untuk dibersihkan pastikan kedudukan positif dan negatif agar tidak tersalah pasang kemudiannya.

  2. Bersihkan terminal bateri


    • Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri dan jauhkannya daripada terminal bateri.
    • Bersihkan terminal dengan berus dawai dengan bancuhan air dan soda bikarbonat. Gosok perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan garam asid.
    • Jangan menggunakan tukul sewaktu memasang kembali sambungan ke terminal bateri. Longgarkan skru sambungan untuk memudahkan pemasangan kembal.

  3. Sapuan gris tahan panas
    Sapukan sedikit minyak gris tahan panas pada bahagian terminal bateri untuk mengelakkannya daripada kakisan dan karat.

  4. Sentiasa periksa voltan bateri



    Jika anda menghantar kereta anda untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa sekali oleh mekanik. Bergantung pada saiz dan jenis bateri, bateri bercas penuh biasa mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt.

  5. Periksa setiap 5,000 kilometer

    Cara terbaik untuk memelihara bateri kereta anda ialah dengan memastikan ianya diperiksa dan diuji setiap 5,000 kilometer ataupun 3 bulan sekali oleh juruteknik yang berpengalaman.

    Sumber dari: www.mekanika.com.my