Hadapi Kerosakan? Bantuan Kecemasan 24 Jam Bersedia Membantu Anda

13 Mar Hadapi Kerosakan? Bantuan Kecemasan 24 Jam Bersedia Membantu Anda

DALAM memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan, keselesaan dan keyakinan mereka menjadi titik utama SPANCO. Ini termasuklah menyediakan Pusat Panggilan 24 jam untuk bantuan kerosakan melalui talian bebas tol 1-800-88-6999. Ia selaras dengan komitmen untuk memastikan pelanggan menikmati pengalaman pemotoran yang lancar tanpa sebarang masalah serta memastikan kenderaan dibaiki segera supaya mereka dapat meneruskan perjalanan dengan selamat.

 

Apakah bantuan kecemasan yang diberikan oleh SPANCO?

• Kerosakan kenderaan, kemalangan, kecurian atau kecemasan.
• Pusat Panggilan turut memberi khidmat meliputi segala keperluan berkaitan perkhidmatan pengurusan fleet yang mana: Pelanggan juga boleh Mengetahui status servis dan pembaikan kereta | Menempah temu janji servis. | Memohon kit penjagaan kereta | Membuat aduan | Memberi maklum balas mengenai perkhidmatan.

BAGAIMANA TALIAN BEBAS TOL 1-800-88-6999 BEROPERASI?

  • Beroperasi tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun.
  • Boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja.
  • Sebaik sahaja panggilan diterima, kakitangan Pusat Panggilan akan membantu pelanggan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  • Pelanggan diminta menyediakan maklumat penting seperti butiran kenderaan, situasi dan lokasi yang jelas supaya bantuan yang diperlukan dapat dihantar dengan segera.
  • Pusat Panggilan akan menyemak latar belakang dan sejarah penyenggaraan kereta terbabit melalui Sistem Pengurusan Fleet (FMS).
  • Bagi kerosakan kecil, pasukan bantuan akan cuba membaikinya di lokasi kejadian.
  • Tetapi jika kerosakan serius dan perlu diberi perhatian selanjutnya maka kenderaan mungkin perlu ditunda ke pusat servis.

Di manakah rangkaian bantuan servis SPANCO berada?

  • Terdiri daripada dua Pusat Servis Wilayah (PSW) di Batu Caves dan di Bangi, Selangor.
  • Juga terdapat di lebih 200 Pusat Servis Diiktiraf (PSD) di seluruh Malaysia.
  • Jika pelanggan mengalami kerosakan di Lembah Klang, Pusat Panggilan akan mengarahkan pasukan bantuan SPANCO segera ke lokasi.
  • Manakala di luar Lembah Klang pula, PSD yang berdekatan akan dimaklumkan untuk bantuan selanjutnya.

Jika tidak berpuas hati dengan khidmat yang disediakan oleh mana-mana PSD atau terdapat percanggahan mengenai servis mahupun pembaikan yang diterima, pelanggan dinasihatkan menghubungi 1-800-88-6999 dengan segera.

SIAPA YANG MENGENDALIKAN PUSAT PANGGILAN 24 JAM?

  • Diletakkan di bawah tanggungjawab Unit Kawalan Senggaraan diketuai Pengurusnya, Tuan Haji Azahari Md Lazim.
  • Dikendalikan oleh 13 kakitangan terlatih lagi berpengalaman untuk menangani sebarang masalah kenderaan yang dihadapi pelanggan.
  • Unit Kawalan Senggaraan mensasarkan supaya setiap panggilan dijawab tidak lebih daripada tiga (3) deringan telefon dan pasukan bantuan hendaklah tiba ke lokasi kecemasan dalam tempoh 45 minit sekiranya berlaku dalam lingkungan 25km radius dari Pusat Servis.
  • Manakala bagi lingkungan 50-100km pula, tempoh tindak balas untuk panggilan kecemasa