
18 Apr Dapatkan Kad Touch & Go atau Tambah Nilai Bagi Setiap Tempahan Servis

Terma & Syarat Promosi
Kelayakkan mendapat kad baru Touch & Go. (Nilai tersedia RM5.00) atau tambah nilai RM10.00
- Warganegara Malaysia.
- Hanya tempahan servis yang akan dilakukan di Pusat Servis Wilayah Batu Caves atau Pusat Servis Wilayah Bangi sahaja yang sah untuk promosi ini.
- Hanya tempahan servis yang melibatkan kerja servis minyak pelincir layak untuk promosi ini.
- Spanco tidak bertanggungjawab ke atas kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak berkaitan untuk melakukan tempahan servis dan menghantar kereta ke pusat-pusat servis yang terlibat. Mana-mana individu yang menghantar kereta ke pusat servis terlibat adalah layak selagi memenuhi syarat.
- Datang tepat pada waktu yang telah ditetapkan, iaitu 30 minit sebelum atau 30 minit selepas waktu dan tarikh tempahan servis yang telah dilakukan.
- Memiliki kad Touch & Go sendiri untuk tambah nilai ataupun menggunakan Mycard.
– Sekiranya kad Touch & Go yang pihak SPANCO telah berikan semasa tempahan servis yang lalu tidak dibawa atau hilang.
– Atau pihak Spanco sendiri telah kehabisan kad Touch & Go yang baharu.
– Boleh juga menggunakan Mycard untuk tambah nilai jika tidak mempunyai kad Touch & Go kepunyaan individu yang layak, tetapi MyKad tersebut haruslah mempunyai aplikasi Touch & Go dan berfungsi tanpa sebarang masalah
– Jika MyKad rosak atau pelanggan enggan menyerahkan MyKad-nya maka syarat kelayakkan ini akan terbatal dengan serta-merta. - Nilai Touch & Go tidak boleh dipindah milik kepada orang lain atau ditukar kepada nilai wang ringgit.
- Hanya sekali sahaja kad Touch & Go baru akan dikeluarkan untuk setiap kereta yang layak.
- Tiada jaminan kerosakkan untuk kad Touch & Go yang telah diserahkan. (Kad ini akan diperiksa jumlah dan kepunyaannya sebelum diserahkan)
- SPANCO berhak menukar syarat dan peraturan tanpa sebarang notis.
- SPANCO berhak menamatkan promosi ini pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang notis.
- Kempen pemberian kad Touch & Go berakhir pada 31 Oktober 2016
- Kempen tabah nilai kad Touch & Go berakhir pada 31 Disember 2016