
01 Oct MAJLIS GRADUASI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) BAGI PROGRAM PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)
Kuala Lumpur, Isnin, 1 Oktober 2018 – SPANCO sentiasa berusaha untuk memberikan pengiktirafan kepada kakitangannya. Satu Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang disampaikan oleh Encik Nidzam Kamarulzaman, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran telah diadakan di Institut Latihan Dual Nasional (ILPKL). Seramai 18 orang kakitangan telah dianugerahkan SKM mengikut tahap pengalaman kakitangan itu sendiri demi meningkatkan produktiviti serta prestasi syarikat.
Program yang telah diadakan sejak tahun 2015 ini telah memberi penganugerahan kepada 52 orang kakitangan secara keseluruhannya. Ia bertujuan memastikan setiap kakitangan SPANCO dilengkapi ilmu pengetahuan terkini sekali gus memberi kepuasan serta menjadi motivasi untuk memajukan diri mereka.