
27 Jul Majlis Perasmian SPANCO Peneraju Skil Iltizam Automotif
27 Julai: SPANCO telah menjalinkan usaha sama strategik bersama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) bagi melaksanakan Program SPANCO Peneraju Skil Iltizam Automotif yang menyasarkan bakat anak muda di luar bandar, bertujuan membangunkan modal insan dalam kalangan generasi muda.
SPANCO telah menyalurkan sejumlah dana RM400,000 bagi membiayai segala keperluan latihan yang diperlukan. Buat permulaan, seramai 75 peserta dipilih untuk mengikuti latihan asas dalam bidang automotif selama enam bulan di Akademi Latihan Pendidikan Vokasional (VETA) yang dilengkapi kemudahan penginapan, makan dan minum serta dibayar elaun RM300 sebulan, selain menerima pensijilan Institute of Motor Industry (IMI) United Kingdom yang diiktiraf dan diperakukan di peringkat antarabangsa.
Selain peluang mengikuti kursus lengkap seiring keperluan industry automotif tempatan, kesemua pelatih turut dijamin penempatan dalam pekerjaan selepas tamat latihan dengan tangga gaji minimum bermula RM1,500 hingga RM3,000 sebulan.
Majlis Pelancaran Program SPANCO Peneraju Skil Iltizam Automotif di VETA ini telah diadakan di Bandar Rinching, Semenyih pada 27 Julai 2017 yang dihadiri Ketua Pegawai Operasi SPANCO, Dato’ Azman Haji Idris, Ketua Pegawai Eksekutif YPPB, Raja Azura Raja Mahyuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif VETA, Roszida Othman.