18 Feb Bagaimana mahu memeriksa takat minyak hitam dan bila perlu menukarnya.

 

 

Sepertimana yang diceritakan sebelum ini, adalah penting untuk kita menjaga minyak hitam atau juga dikenali sebagai miyak enjin kenderaan. Tapi setakat mana minyak hitam ini mampu untuk melindungi enjin?

 

Bagi penjagaan enjin yang optimum, kebiasaannya minyak enjin perlu ditukar mengikut saranan pengeluar iaitu pada setiap 5,000 hingga 10,000 atau setiap 6 bulan, yang mana datang dahulu. Untuk lebih kepastian sila rujuk buku panduan kenderaan anda.

Penggunaan kenderaan yang lasak dan berat akan menyebabkan minyak kenderaan perlu ditukar lebih awal. Namun, jika kenderaan tidak digunakan dengan kerap, minyak enjin tetap perlu ditukar mengikut pada tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kerosakan pada enjin.

 

Bagaimana mahu memeriksa paras minyak enjin?

 

1)  Buka pengukur celup

 

2)  Tarik pengukur celup dan lihat takat minyak.

 

3)  Terdapat dua sukatan yang menunjukkan aras. Lubang kecil yang pertama menunjukkan aras minimum dan lubang kedua menunjukkan aras maksimum yang dicadangkan oleh pengeluar kereta. Dan juga bahagian hujung yang berpilin (twist) adalah normal.

 

4)  Perhatikan takat minimum dan maksimum, jika paras minyak enjin berada di bawah takat minimum, tambah minyak hitam.

 

5)  Manakala jika minyak kelihatan agak hitam dan pekat, sila tukar minyak hitam anda. Calitkan pengukur celup dengan tisu atau kain putih untuk melihat kepekatan minyak enjin.