28 Nov SPANCO Sumbang Proton Saga Kepada Yayasan Jantung Malaysia
Sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2021 SPANCO telah menyumbangkan sebuah kereta Proton Saga 1.3L kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM). Sambutan majlis yang diadakan pada 28 November 2021 telah berlangsung di Dewan Utama, Yayasan Jantung Malaysia.
Sumbangan ini adalah sebagai satu usaha SPANCO menyokong dan membantu Yayasan dalam mempergiatkan kempen kesedaran memelihara kesihatan jantung kepada masyarakat di Malaysia.
Penyerahan kenderaan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Hal Ehwal Korporat SPANCO, Dato’ Mohd Suhaimi Hashim kepada Naib Presiden Yayasan Jantung Malaysia, Tan Sri Kamaruzzaman Shariff.
Manakala pengerusinya, Dato’ Dr. Aljafri Abdul Majid, telah menyatakan kesyukuran kepada SPANCO atas sumbangan kenderaan kerana hampir kesemua kenderaan milik YJM telah berusia melebihi 10 tahun dan ia sangat berisiko untuk digunakan bagi perjalanan jarak jauh.
Selain itu, satu ceramah mengenai Penyakit Jantung Selepas COVID-19 juga telah disampaikan oleh Pakar Perunding Kanan Kardiologi, Institut Jantung Negara, Dato’ Sri Dr. Azhari Rosman sempena Hari Jantung Sedunia pada majlis tersebut sebagai kempen kesedaran kesihatan jantung.