13 Dec Notis Kes Positif COVID-19 Di Pusat Servis Wilayah Batu Caves
Pada 12 Disember 2020, kami telah menerima satu pengesahan kes positif COVID-19 yang melibatkan seorang kakitangan di Pusat Servis Wilayah Batu Caves.
Sebagai langkah pencegahan, kesemua kakitangan di Pusat Servis Wilayah Batu Caves akan bekerja dari rumah dan menjalani kuarantin selama 14 hari.
Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi akan dilaksanakan pada 13 Disember 2020 dan premis akan ditutup dari 14 hingga 29 Disember 2020 sebagai langkah berjaga-jaga. Pusat Servis Wilayah Batu Caves akan kembali beroperasi seperti sediakala pada 30 Disember 2020.
Pusat panggilan 24 jam kami akan terus beroperasi seperti biasa. Sila hubungi nombor bebas tol kami di 1800-88-6999 sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan.
Sila kunjungi Pusat Servis Wilayah kami di Bangi atau pusat-pusat servis yang diiktiraf di sekitar wilayah Lembah Klang dalam tempoh ini untuk sebarang keperluan servis kereta anda (sila rujuk senarai pusat servis yang dilantik di laman web rasmi kami, www.spanco.com.my).
Mari terus amalkan langkah-langkah penjagaan kebersihan dan keselamatan untuk mengelakkan jangkitan COVID-19.