18 Jul OPERASI PENGURUSAN FLEET SPANCO DI BAWAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19, operasi pengurusan fleet kenderaan Kerajaan oleh SPANCO telah disesuaikan seperti berikut:
(A) Penyenggaraan dan Pembaikan Kenderaan
- Sila lakukan TEMUJANJI melalui Aplikasi Mobil SPANCO atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-6999 bagi sebarang urusan penyenggaraan dan pembaikan kenderaan yang hendak dilakukan di Pusat Servis Wilayah (PSW) SPANCO Batu Caves, PSW SPANCO Bangi dan rangkaian Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO.
- TEMUJANJI harus dilakukan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh penghantaran kenderaan untuk disenggara atau dibaiki.
- Selepas berurusan dengan penasihat servis SPANCO, pelanggan TIDAK DIBENARKAN MENUNGGU di pusat servis. Ini adalah bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19. Penasihat servis akan memaklumkan kepada pelanggan untuk mengambil semula kenderaan apabila telah siap disenggara atau dibaiki.
- SPANCO akan tetap terus memberikan respon dan perkhidmatan terhadap semua aduan kerosakan kenderaan dan kemalangan yang dilaporkan melalui Aplikasi Mobil SPANCO atau talian bebas tol 1-800-88-6999.
(B) Pengambilan dan Pemulangan Kenderaan
- Sebarang urusan berkenaan pengambilan atau pemulangan kenderaan hanya boleh dilakukan melalui temujanji sahaja dan bertempat di PSW SPANCO Batu Caves.
- Tuan/Puan boleh menghubungi Eksekutif Akaun SPANCO yang bertanggungjawab ke atas Kementerian, jabatan atau agensi berkaitan di talian seperti berikut:
Sebarang perkembangan dan maklumat lanjut berkenaan operasi SPANCO di bawah PKP akan dihebahkan dari semasa ke semasa.
SPANCO, Sentiasa Bersama Mu.