07 Jul Maklumat Pengurusan Fleet SPANCO Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
Dikemaskini pada: 7 Julai 2021
Susulan dari Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak COVID-19, Pusat Servis SPANCO Batu Caves dan Bangi tidak akan beroperasi untuk menjalankan kerja-kerja servis dan pembaikan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak. Ketetapan yang sama turut dikenakan ke atas urusan pemulangan kenderaan lama dan pengambilan kenderaan baharu di SPANCO Batu Caves.
Walau bagaimanapun, SPANCO akan tetap terus memberikan respon dan perkhidmatan terhadap semua aduan kecemasan yang dilaporkan melalui talian bebas tol 1-800-88-6999. Sebarang urusan berkenaan kenderaan Tuan/Puan juga boleh menghubungi Eksekutif Akaun SPANCO yang bertanggungjawab ke atas Kementerian, jabatan atau agensi berkaitan di talian seperti berikut:
Sebarang perkembangan dan maklumat lanjut berkenaan operasi SPANCO di bawah PKPD akan dihebahkan dari semasa ke semasa.
SPANCO, Sentiasa Bersama Mu.