18 Mar OPERASI PENGURUSAN FLEET SPANCO DI BAWAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

SPANCO telah mengaktifkan pelan operasi bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa dari 18 Mac 2020 dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 berikutan penularan wabak Covid-19. Sehubungan itu, operasi pengurusan fleet kenderaan Kerajaan oleh SPANCO telah disesuaikan selaras dengan perintah tersebut seperti berikut:

 

A. Penyenggaraan dan Pembaikan Kenderaan

 

  1. Pusat Servis Wilayah (PSW) SPANCO Batu Caves dan PSW SPANCO Bangi hanya dapat melakukan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan kenderaan yang terhad disebabkan oleh penutupan operasi Pusat Alat Ganti Proton (Proton Parts Centre) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.
  2. Sebarang urusan penyenggaraan dan pembaikan kenderaan melalui rangkaian lebih 200 Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO di seluruh negara hanya boleh dilakukan melalui temujanji di talian bebas tol 1-800-88-6999.
  3. SPANCO akan tetap terus memberikan respondan perkhidmatan terhadap semua aduan kerosakan kenderaan dan kemalangan yang dilaporkan melalui talian bebas tol 1-800-88-6999 atau aplikasi mobil SPANCO.

 

B. Pengambilan dan Pemulangan Kenderaan

 

  1. Sebarang urusan berkenaan pengambilan atau pemulangan kenderaan hanya boleh dilakukan melalui temujanji di PSW SPANCO Batu Caves sahaja.
  2. Penghantaran dan pengambilan kenderaan selain daripada di PSW SPANCO Batu Caves adalah dibekukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
  3. Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi kami di talian bebas tol 1-800-88-6999 atau melalui Eksekutif Akaun SPANCO yang bertanggungjawab ke atas kementerian, jabatan atau agensi berkaitan.

 

Sebarang perkembangan dan maklumat lanjut berkenaan operasi SPANCO di bawah Perintah Kawalan Pergerakan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa.

SPANCO, Sentiasa Bersama Mu.