03 Jun OPERASI PENGURUSAN FLEET SPANCO DI BAWAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Dikemaskini pada: 20 Mei 2021
Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19, operasi pengurusan fleet kenderaan Kerajaan oleh SPANCO telah disesuaikan seperti berikut:
(A) Penyenggaraan dan Pembaikan Kenderaan
- Sila lakukan TEMUJANJI melalui Aplikasi Mobil SPANCO atau melalui laman web bagi sebarang urusan penyenggaraan dan pembaikan kenderaan yang hendak dilakukan di Pusat Servis Wilayah (PSW) SPANCO Batu Caves, PSW SPANCO Bangi dan rangkaian Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO.
- TEMUJANJI harus dilakukan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh penghantaran kenderaan untuk disenggara atau dibaiki.
- Selepas berurusan dengan penasihat servis SPANCO, pelanggan TIDAK DIBENARKAN MENUNGGUdi pusat servis. Ini adalah bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19. Penasihat servis akan memaklumkan kepada pelanggan untuk mengambil semula kenderaan apabila telah siap disenggara atau dibaiki.
- SPANCO akan tetap terus memberikan respon dan perkhidmatan terhadap semua aduan kerosakan kenderaan dan kemalangan yang dilaporkan melalui talian bebas tol 1-800-88-6999 atau Aplikasi Mobil SPANCO atau melalui laman web.
- Aplikasi mobil SPANCO boleh dimuat turun dari Google Play untuk peranti Android dan App Store untuk iOS.
(B) Pengambilan dan Pemulangan Kenderaan
Sebarang urusan berkenaan pengambilan atau pemulangan kenderaan sila hubungi Eksekutif Akaun SPANCO yang bertanggungjawab ke atas Kementerian, jabatan atau agensi berkaitan di talian seperti berikut:
Sebarang perkembangan dan maklumat lanjut berkenaan operasi SPANCO di bawah PKP akan dihebahkan dari semasa ke semasa.
SPANCO, Sentiasa Bersama Mu.