13 Apr OPERASI PENGURUSAN FLEET SPANCO


OPERASI PENGURUSAN FLEET SPANCO

DI BAWAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

 

Dikemaskini pada: 12 Mei 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa dari 18 Mac 2020 bagi membendung penularan wabak COVID-19 telah dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan perkembangan semasa, operasi pengurusan fleet kenderaan Kerajaan oleh SPANCO telah disesuaikan seperti berikut:

 

(A) Penyenggaraan dan Pembaikan Kenderaan

 

  1. Pusat Servis Wilayah (PSW) SPANCO Batu Caves dan PSW SPANCO Bangi hanya dapat melakukan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan kenderaan yang terhad disebabkan oleh kekangan bekalan alat ganti daripada pihak vendor sepanjang tempoh PKP.

 

  1. Sebarang urusan penyenggaraan dan pembaikan kenderaan melalui rangkaian Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO hanya boleh dilakukan melalui TEMUJANJI di talian bebas tol 1-800-88-6999. Hanya sebilangan daripada lebih 200 PSD SPANCO diseluruh negara yang diberikan kelulusan oleh pihak berkuasa untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP. Temujanji harus dilakukan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh penghantaran kenderaan untuk disenggara atau dibaiki.

 

  1. Selepas berurusan dengan penasihat servis SPANCO, pelanggan TIDAK DIBENARKAN MENUNGGU di pusat servis. Ini adalah bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19. Penasihat servis akan memaklumkan kepada pelanggan untuk mengambil semula kenderaan apabila telah siap disenggara atau dibaiki.

 

  1. SPANCO akan tetap terus memberikan respon dan perkhidmatan terhadap semua aduan kerosakan kenderaan dan kemalangan yang dilaporkan melalui talian bebas tol 1-800-88-6999 atau aplikasi mobil SPANCO. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dari Google Play untuk peranti Android dan App Store untuk iOS.

 

(B) Pengambilan dan Pemulangan Kenderaan

 

  1. Sebarang urusan berkenaan pengambilan atau pemulangan kenderaan hanya boleh dilakukan melalui temujanji di PSW SPANCO Batu Caves sahaja.

 

  1. Penghantaran dan pengambilan kenderaan selain daripada di PSW SPANCO Batu Caves adalah dibekukan sepanjang tempoh PKP.

 

  1. Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi kami di talian bebas tol 1-800-88-6999 atau melalui Eksekutif Akaun SPANCO yang bertanggungjawab ke atas kementerian, jabatan atau agensi berkaitan.

 

Sebarang perkembangan dan maklumat lanjut berkenaan operasi SPANCO di bawah PKP akan dihebahkan dari semasa ke semasa.

 

 

SPANCO, Sentiasa Bersama Mu.