
08 May PENJARA MALAYSIA TERIMA KERETA PENDAHULU BARU DARI SPANCO
Kajang, 8 Mei 2017: Majlis penyerahan empat unit Kereta Pendahulu (Lead Car) Proton Preve 1.6 telah diadakan bersempena Majlis Perhimpunan Bulan Mei di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif SPANCO Sdn Bhd, Dato’ Hamzah Mohd Salleh bersama-sama Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, YBHG. KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Omar.
Ke empat-empat unit kereta tersebut akan digunakan oleh Penjara Malaysia di Kajang, Sungai Buloh, Seberang Perai dan Kota Kinabalu. Ini adalah bagi menggantikan empat unit Kereta Pendahulu Proton Waja 1.6 terdahulu dan turut diberikan nafas baru bagi meningkatkan imej Penjara Malaysia.
Ia dilengkapi dengan corak baru pada badan kenderaan tersebut dan menggunakan pelekat pemantul cahaya yang lebih terang. Ia turut dilengkapi dengan lampu Integrated Light Sound System (ILSS) yang lebih nipis, lebih terang dan rekabentuk baru. Alat pembesar suara dan siren yang lebih kuat sesuai degan fungsi sebagai Kereta Pendahulu turut dipasang ke kenderaan tersebut.
Ke empat-empat kenderaan tersebut akan menjadi Kereta Pendahulu bagi mengiring kenderaan-kenderaan banduan ke mahkamah dan hospital terutama sekali banduan yang berisiko tinggi (High profile) dan menjadi sebagai Kereta Pendahulu bagi mengiring kenderaan-kenderaan banduan dari satu penjara ke penjara yang lain di seluruh Malaysia.

Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Omar (tiga dari kiri) menerima replika kunci kereta dari Ketua Eksekutif SPANCO, Dato’ Hamzah Mohd Salleh sebagai simbol penerimaan empat unit Kereta Pendahulu Proton Preve 1.6 untuk kegunaan Penjara Malaysia.

Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Omar diberi penerangan oleh Ketua Eksekutif SPANCO, Dato’ Hamzah Mohd Salleh mengenai spesifikasi Kereta Pendahulu Proton Preve 1.6 yang diserahkan kepada Penjara Malaysia baru-baru ini.

Empat unit Proton Preve 1.6 Lead Car yang diserahkan oleh SPANCO kepada Penjara Malaysia di dalam satu majlis yang diadakan di Kajang baru-baru ini.