22 Jun BEG UDARA (JENIS TAKATA) UNTUK PROTON PERDANA 2.4 EXECUTIVE DAN PROTON PERDANA 2.0 STANDARD TELAH DIGANTIKAN

Terdapat beberapa unit Proton Perdana 2.4 Executive dan Proton Perdana 2.0 Standard yang terlibat dengan inisiatif penukaran beg udara yang dikeluarkan oleh TAKATA. Namun begitu, satu inisitaif telah dilaksanakan oleh pihak Proton Edar Sdn. Bhd. Ini adalah bagi memastikan kesemua kereta model-model tersebut dapat digunakan dengan selamat, berpandukan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak pengilang.

 

 

Untuk makluman juga, usaha penukaran beg udara ini tidak melibatkan model-model Proton Perdana 2.4L dan Proton Perdana 2.0L yang kini dibekalkan kepada Kerajaan Malaysia.

 

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi talian bebas tol kami di 1-800-88-6999 (24 jam) atau melalui emel di operation@spanco.com.my .