13 Oct PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN TAJAAN SPANCO SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2018

Baru-baru ini SPANCO telah menaja Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di antara Dugong All Stars dan Pilihan YB Syed Saddiq sempena Hari Sukan Negara 2018. Seramai empat kakitangan SPANCO telah terpilih untuk menyertai pasukan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq. Perlawanan menarik yang berlangsung selama  satu jam empat puluh lima minit ini berakhir dengan keputusan Pilihan YB Syed Saddiq menang 4 gol dan Dugong All Stars 3 gol.