01 Jun SUMBANGAN KEPADA TABUNG HARAPAN MALAYSIA (THM) DARIPADA SPANCO SDN BHD

Putrajaya, Selasa, 5 Jun 2018 – Atas rasa prihatin dan tanggungjawab untuk negara, SPANCO telah menyumbangkan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).

 

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO Sdn. Bhd, Dato’ Hamzah Mohd Salleh kepada Puan Shamili Poonmalar Vellapandian, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Kewangan Malaysia, Tuan Lim Guan Eng, di Putrajaya.

 

SPANCO berharap sumbangan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu mencapai objektif penubuhan tabung tersebut yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Bin Mohamad pada 30 Mei lalu.