
31 Mar Hari Bersama Pelanggan SPANCO
Kuala Lumpur, Sabtu, 31 Mac 2018 – Ekoran dari penyertaan SPANCO pada Hari Terbuka Kementerian kewangan 2018 yang diadakan baru-baru ini, SPANCO telah mengambil inisiatif bagi mendekati pengunjung dengan menawarkan pemeriksaan kenderaan Proton secara percuma.
Tawaran perkhidmatan tersebut diadakan sempena Hari Bersama Pelanggan SPANCO yang diadakan pada 31 Mac 2018 serentak di Pusat Servis Wilayah Bangi dan Batu Caves. Program khidmat masyarakat ini adalah suatu aktiviti yang amat bermakna untuk memupuk semangat muhibah antara masyarakat dan warga SPANCO.