
23 Nov Sesi Ujipandu Kenderaan Anjuran SPANCO 2017
Putrajaya, Khamis, 23 Nov 2017 – SPANCO Sdn Bhd, syarikat penyedia perkhidmatan pengurusan kenderaan telah menganjurkan Sesi Ujipandu Kenderaan Anjuran SPANCO kepada para pelanggannya yang terdiri daripada sektor awam bertempat di Pullman Putrajaya Lakeside.
Sesi uji pandu kenderaan yang melibatkan pelbagai model terkini dan kategori diadakan selama 2 hari iaitu pada 23 dan 24 haribulan November 2017. Selain bertujuan untuk memberi peluang pemanduan serta mempamerkan teknologi dan ciri-ciri terbaru kenderaan yang berada dipasaran ia juga bertujuan untuk memperoleh maklum balas daripada pemandu agar dapat lebih memperkasakan fleet kerajaan.