
07 Dec SPANCO SUMBANG 40 UNIT KERUSI RODA
Usaha menyantuni komuniti tidak pernah berakhir, baru-baru ini telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Kerusi Roda dari SPANCO kepada Hospital Selayang dan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Majlis Penyerahan Sumbangan Kerusi Roda kepada Hospital Selayang telah berlangsung pada 5 Disember 2018 dengan penyerahan 20 unit kerusi roda manakala di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pula pada 7 Disember 2018, juga dengan penyerahan 20 unit kerusi roda.
Dengan adanya sumbangan ini, diharap dapat memberi manfaat dan membantu ramai pesakit di hospital-hospital tersebut sekali gus mengurangkan beban kepada pesakit dan keluarga mereka.
Majlis penyerahan disempurnakan Dato’ Azman Haji Idris, Ketua Pegawai Operasi, SPANCO kepada Pengarah Hospital Selayang, Dr. Sakinah Alwi dan Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Dr. Haji Jamaludin.