01 Jan SPANCO Terus Kukuh Dengan Sokongan Pelanggan Selama 25 Tahun Beroperasi

SALAM JUBLI PERAK,

 

2018 merupakan tarikh keramat buat SPANCO. SPANCO akan meraikan kejayaan selama 25 tahun perkhidmatan semenjak mula beroperasi pada Januari 1994. Dalam Tempoh 25 tahun perkhidmatan, SPANCO telah melalui berbagai liku perjalanan di dalam pengurusan fleet profesional. Inilah pengalaman yang paling berharga buat SPANCO dan ianya harus diraikan.

 

Tempoh 25 tahun bukan suatu jangka masa yang pendek dan sepanjang tempoh 25 tahun, fleet yang diuruskan hari ini telah melebihi 12,000 buah kenderaan. Kini SPANCO telah membekal dan menyelenggara lebih 35,000 jumlah kenderaan terkumpul.

 

Sistem pengurusan fleet SPANCO melibatkan beberapa aspek utama, antaranya adalah penggunaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang terkini, rangkaian pusat servis secara meluas, perkhidmatan 24 jam, perkhidmatan insurans dan gabungan tenaga kerja yang berkomitmen tinggi serta bertahun pengalaman di dalam bidang automotif.

 

Gabungan kesemua aspek-aspek ini telah menjadikan SPANCO sebuah syarikat Pengurusan Fleet Profesional terunggul di Malaysia.

 

Semoga jalinan silaturahim yang terbina akan terus kekal dan memberi suntikan semangat untuk kami terus memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan.