25 Sep Tempahan Temu Janji Servis Diperluaskan ke Pusat Servis Diiktiraf
Kini kami bukan sahaja menerima tempahan di Pusat Servis Wilayah (PSW) Bangi dan Batu Caves, malahan juga di cawangan Proton Edar terpilih di bawah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO diseluruh negeri!
Temu janji servis boleh ditempah selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh temu janji servis bagi membolehkan pusat servis melakukan perancangan dan persediaan awal.
Cara Melakukan Tempahan Servis di Pusat Servis Diiktiraf Melalui Laman Web dan Aplikasi Mobil SPANCO
1. Dari laman utama, pilih ‘SERVICE APPOINTMENT’ (laman web) atau ‘TEMUJANJI SERVIS’ (aplikasi mobil).
2. Isikan maklumat yang dikehendaki seperti nama, alamat, emel, nombor untuk dihubungi dan nombor pendaftaran kereta.
3. Seterusnya dari ‘drop-down menu’ yang disediakan, pilih jenis temu janji servis, negeri, pusat servis, tarikh dan masa temu janji yang anda inginkan.
4. Untuk pusat servis, anda hanya perlu memilih PSD pilihan anda daripada senarai yang dipaparkan.
5. Setelah mengisi kesemua maklumat, tekan butang ‘HANTAR’. Anda akan dimaklumkan jika permohonan anda berjaya.
6. Jika tidak berjaya, anda boleh kembali semua ke menu sebelumnya dan tukar tarikh serta masa yang berlainan.
7. Pihak PSD akan menghubungi pelanggan bagi mengesahkan tarikh temu janji yang dipilih.
8. Anda akan dimaklumkan melalui emel dan SMS untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah dipohon.
9. SMS pertama akan dihantar sehari sebelum tarikh dan masa temu janji dan SMS kedua pula, satu jam sebelumnya.