18 Jul Tip Keselamatan Di Jalan Raya

 

Kemalangan di jalan raya sudah menjadi suatu perkara biasa yang terjadi hampir setiap hari. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak berwajib. Namun, masih ramai lagi yang tidak mengendahkan tentang usaha-usaha untuk bersikap dengan lebih cermat ketika di jalan raya. Sikap prihatin dalam setiap pengguna jalan raya amat penting.

 

Tip di bawah boleh dijadikan peringatan untuk kita semua supaya perkara ini lebih dititikberatkan pada masa hadapan.

 

  1. Pakai tali pinggang keledar pada setiap masa.

Tali pinggang keledar ini dapat membantu anda jika terjadi sebarang kemalangan. Ia boleh mengurangkan impak daripada terhantuk dengan kuat ataupun tubuh badan beralih ke tempat yang lain. Pakai walaupun jarak destinasi yang ingin dituju itu adalah dekat.

 

  1. Pakai dan ketatkan topi keledar.

Bagi penunggang motosikal dan juga basikal, pastikan anda sentiasa memakai topi keledar ketika berada di jalan raya. Topi keledar akan memberi perlindungan kepada seluruh bahagian kepala anda. Dan, ketatkan tali semasa memakainya agar dapat memberi perlindungan yang sepenuhnya.

 

  1. Jangan pandu laju dan awasi had laju.

Patuhilah had kelajuan maksimum yang telah ditetapkan. Bagi yang ingin memandu laju, sila pandu di lorong paling kanan. Jangan fikirkan jalan raya tersebut lengang dan tiada kenderaan. Mungkin ada kesesakan jalan raya di hadapannya.

 

  1. Guna laluan pejalan kaki apabila melintas jalan.

Bagi semua pejalan kaki, sila guna laluan pejalan kaki ataupun jejantas yang telah disediakan. Lihat kiri dan kanan terlebih dahulu sebelum melintas.

 

  1. Guna kerusi keselamatan kanak-kanak.

Bagi pemandu yang mempunyai bayi, anda boleh letakkan bayi anda di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak. Pastikan kerusi tersebut telah dipasang ketat. Pakaikan anak anda tali pinggang keledar di kerusi tersebut.

 

  1. Jangan guna telefon bimbit semasa memandu.

Membiasakan diri untuk menjawab panggilan, membalas mesej atau melayari internet dan sosial media semasa memandu adalah perkara yang amat membahayakan buat pemandu, penumpang mahupun pemandu yang lain. Hentikan sikap buruk ini. Ia boleh membuatkan anda leka semasa memandu.

 

  1. Jangan mengekori kenderaan lain dengan terlalu dekat.

Sila pastikan jarak kenderaan anda tidak terlalu hampir dengan kereta di hadapan atau di sisi. Ini kerana kereta anda masih berada di jarak yang selamat jika anda menggunakan brek kecemasan.

 

 

Sumber Informasi & Gambar: Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia