18 Oct TIPS SUPAYA AIRCOND KENDERAAN SENTIASA SEJUK DAN TAHAN LAMA

LANGKAH ASAS

Cara paling berkesan agar penyaman udara cepat sejuk ialah memastikan kereta anda berada di bawah tempat teduh ataupun berbumbung. Satu cara lagi ialah dengan menggunakan kepingan pelindung matahari yang boleh didapati di kedai-kedai aksesori kereta.

 

 

LANGKAH BIASA

Salurkan udara luar masuk dengan membuka tingkap kereta anda sebelum menghidupkan penyaman udara. Langkah terbaik ialah dengan membuka semua tingkap dan pandu kereta anda seketika. Pemanduan yang baik ialah sekitar 10-15km/j dan mengambil selekoh 90 darjah jika ada. Inersia sewaktu membelok akan menolak udara panas keluar ke sisi dan menyedut udara segar masuk dari sisi yang lain.

 

 

MULAKAN DENGAN TETAPAN ‘LOW’ 

Mulakan dengan hembusan yang perlahan sambil meningkatkan putaran kipas dan kurangkan suhu. Bahkan jika penyaman udara anda mempunyai mod ‘Auto’, kebiasaannya ia akan bermula dengan tetapan perlahan dan kemudian semakin kuat.

 

 

 

SENTIASA GUNAKAN MODE “RECIRCULATION”

Apabila penyaman udara sudah sejuk, sentiasa pastikan ia berada dalam mod recirculation untuk mengelakkan udara panas dari luar masuk ke dalam. Jika tidak ia akan menyebabkan penyaman udara anda bekerja dengan kuat.

 

 

 

 

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

Apabila anda berhenti dan ingin keluar dari kereta, jangan terus mematikan enjin tanpa mematikan suis penyaman udara terlebih dahulu. Ini akan membuatkan sistem penyaman udara mengalami kejutan.

Langkah sebaiknya ialah matikan suis penyaman udara sebelum anda sampai ke destinasi. Pada masa ini biasanya kabin dalaman sudah cukup sejuk, memadai dengan hembusan udara daripada kipas elektrik dalaman sahaja.

Bila anda sudah mematikan suis penyaman udara, pastikan kelajuan blower ataupun kipas berada pada tetapan ‘Med’ ataupun ‘High’. Cuba perhatikan takungan air di bawah kereta anda apabila anda berhenti. Itu ialah air daripada evaporator kereta anda. Ianya dalam keadaan hampir mencecah takat beku bila udara panas bergerak menghampirinya, jadi proses kondensasi berlaku lalu menghasilkan titisan air tersebut.

 

 

Menghidupkan kipas sewaktu penyaman udara dimatikan akan mengeringkan bahagian evaporator. Ia juga berfungsi memastikan kulapuk dan juga kulat tidak dapat terhasil di dalam ruang evaporator anda. Inilah punca bau hapak yang selalu anda hidu di dalam kabin kereta anda.

 

 

SERVIS BERKALA  

Sama seperti kereta, sistem penyaman udara juga perlu diservis. Cecair penyejuk perlu ditukar, kompresor juga perlukan minyak khusus untuk kelancaran operasi. Komponen-komponen seperti expansion valve dan penapis juga perlu ditukar untuk memastikan penyaman udara anda beroperasi secara optima.

 

 

Sumber yang diolah dari :

http://www.mekanika.com.my/buletin/ini-tips-supaya-aircond-kereta-sentiasa-sejuk-dan-tahan-lama