Slide
OUR JOURNEY
For more than three decades, SPANCO has embarked on a journey of growth and dedication, earning trust through innovation, unwavering commitment, and service excellence.
Our Journey
0

1/2

Slide
OUR PROMISE
Efficiency Meets Safety, the Perfect Driving Harmony. Thoroughly inspected, guaranteed, and poised for performance.
Our Promise
0

2/2

Slide
OUR JOURNEY
For more than three decades, SPANCO has embarked on a journey of growth and dedication, earning trust through innovation, unwavering commitment, and service excellence.
Our Journey
0

1/2

Slide
OUR PROMISE
Efficiency Meets Safety, the Perfect Driving Harmony. Thoroughly inspected, guaranteed, and poised for performance.
Our Promise
0

2/2

Slide
OUR JOURNEY
For more than three decades, SPANCO has embarked on a journey of growth and dedication, earning trust through innovation, unwavering commitment, and service excellence.
Our Journey
0

1/2

Slide
OUR PROMISE
Efficiency Meets Safety, the Perfect Driving Harmony.
Thoroughly inspected, guaranteed, and poised for performance.
Our Promise
0

2/2

Key figures 2026

15,676

Fleet size of under our current management

32

Years in delivering total fleet management solutions

480

Accredited service centres nationwide

38

Ministries and government agencies services nationwide

Service Centres

Find A Service Centre

Find our local services centre and get the best support for your vehicles.

Service Appointment

Book your services appointment online.

Service Centres

Find A Service Centre

Find our local services centre and get the best support for your vehicles.

Service Appointment

Book your services appointment online.

Latest News & Events

𝗦𝗣𝗔𝗡𝗖𝗢 𝗗𝗜𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗝𝗢𝗠 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗩𝗜 (𝗝𝗝𝗕𝗟) 📍 Grand Ballroom, Sunway Putra Kuala Lumpur | 29 Oktober 2026 SPANCO Sdn. Bhd. telah menerima Sijil Penghargaan daripada Human Resource Development Corporation (HRD Corp) sempena Majlis Pelancaran Jelajah Jom Bayar Levi (JJBL) yang berlangsung di Grand Ballroom, Sunway Putra Kuala Lumpur. Pengiktirafan ini diberikan kepada SPANCO sebagai salah satu daripada 10 penerima terpilih berdasarkan rekod pembayaran levi yang konsisten dan teratur, selain peningkatan penggunaan levi bagi tempoh 2023 hingga 2025. Hadir mewakili SPANCO untuk menerima sijil penghargaan tersebut ialah Encik Zulfika bin Hamidon, Ketua Jabatan Sumber Manusia SPANCO Sdn. Bhd. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen SPANCO dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai majikan terhadap pembangunan modal insan serta memanfaatkan kemudahan latihan yang disediakan oleh HRD Corp bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran warga kerja. SPANCO merakamkan penghargaan kepada HRD Corp atas pengiktirafan yang diberikan dan akan terus komited dalam memperkukuh pembangunan bakat serta potensi warga kerja. SPANCO – Sentiasa Bersama Mu. #spancosdnbhd #spancomalaysia #hrdcorp #spancomy

𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗝𝗣𝗡) 📍 Pusat Latihan FELDA Terengganu (TraCe) | 28 Oktober 2026 SPANCO Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi taklimat pengurusan kenderaan jabatan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melibatkan seramai 35 orang peserta. Taklimat yang disampaikan oleh Encik Muhamamd Aizat, Bahagian Operasi dan Encik Faiz Izwan, Bahagian Servis daripada SPANCO, merangkumi penerangan mengenai tatacara penggunaan kenderaan jabatan, tanggungjawab pengguna serta kepentingan penjagaan kenderaan mengikut prosedur yang ditetapkan. Program ini turut memberi penekanan terhadap amalan penggunaan kenderaan secara berhemah dan bertanggungjawab, sekali gus memupuk kesedaran dalam kalangan peserta mengenai peranan mereka dalam menjaga kemudahan fleet jabatan. SPANCO merakamkan penghargaan kepada pihak JPN atas kerjasama dan peluang yang diberikan untuk berkongsi pengetahuan serta kepakaran dalam bidang pengurusan fleet. SPANCO – Sentiasa Bersama Mu. #SPANCOSdnBhd #spancomalaysia #spancomy #JabatanPendaftaranNegara #JPN

𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗔𝗣𝗠𝗠) 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 📍 Ibu Pejabat APMM, Kuala Terengganu | 27 Oktober 2026 SPANCO Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi taklimat pengurusan kenderaan jabatan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan kerjasama serta perkongsian pengetahuan antara kedua-dua pihak. Sesi ini melibatkan seramai 25 orang peserta. Taklimat SPANCO telah disampaikan oleh Encik Muhammad Aizat bin Mohammad Fadzir dari bahagian Operasi dan Encik Mohd Faiz Izwan bin Ishak dari bahagian Servis, dengan memberikan penerangan berkaitan pengurusan kenderaan jabatan serta perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam memastikan penggunaan kenderaan secara teratur dan mengikut tatacara yang ditetapkan. Melalui sesi ini, SPANCO turut berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pihak APMM dalam memperjelas aspek pengurusan kenderaan serta kepentingan penyelarasan penggunaan fleet bagi memenuhi keperluan agensi. SPANCO merakamkan penghargaan kepada APMM Terengganu atas kerjasama dan peluang yang diberikan dalam menjayakan sesi taklimat ini. SPANCO – Sentiasa Bersama Mu. #spancomalaysia #spancosdnbhd #apmmterengganu #maritim #terengganu

MAJLIS PENYERAHAN KERETA PENGIRING (LEAD CAR) JABATAN PENJARA MALAYSIA KUCHING, 29 Oktober 2026 – Jabatan Penjara Malaysia terus komited dalam memperkasakan aspek keselamatan dan kesiapsiagaan operasi menerusi Majlis Penyerahan Kereta Pengiring (Lead Car) yang telah diadakan di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. TKJP Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), melibatkan sebanyak lima buah kenderaan untuk diserahkan kepada Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak. Penyediaan kenderaan ini diharap dapat meningkatkan keberkesanan tugas pengiringan, khususnya dalam memastikan pergerakan konvoi dilaksanakan dengan lebih teratur, selamat dan lancar. Inisiatif ini turut menjadi nilai tambah kepada keupayaan logistik jabatan dalam menyokong pelaksanaan tugas serta memenuhi keperluan operasi semasa. Turut hadir ialah TKP Teyun Thian Eim, Pengarah Penjara Negeri Sarawak; Encik Abdul Aziz bin Abdul Karim, Pengurus SPANCO Cawangan Sarawak.; Encik Mohamad Musaab, wakil Syarikat Northmont Capital Sdn. Bhd.; serta Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak.

𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗠𝗞𝗡) 𝗭𝗢𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 📍 Bilik Mutiara, MKN Negeri Pulau Pinang | 13 Oktober 2026 SPANCO Sdn. Bhd. telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk “Pengurusan Kenderaan Jabatan: Peraturan, Tatacara dan Tanggungjawab” sempena Bengkel Pengurusan Kenderaan Jabatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi Zon Negeri Utara. Taklimat ini disampaikan oleh wakil-wakil SPANCO iaitu Encik Aizat Mohd Fadzir dan Encik Faiz Izwan Ishak dengan perkongsian berkaitan peraturan, tatacara dan aspek pengurusan kenderaan jabatan bagi meningkatkan pemahaman dalam kalangan pegawai serta kakitangan MKN. Program ini turut mencerminkan kepentingan perkongsian pengetahuan dan amalan pengurusan kenderaan yang teratur bagi menyokong kelancaran urusan rasmi serta penggunaan kenderaan jabatan secara bertanggungjawab. SPANCO merakamkan penghargaan kepada Puan Nurulizzah binti Abu Bakar, Penolong Pengarah MKN Negeri Pulau Pinang, serta pihak MKN atas jemputan dan peluang untuk berkongsi kepakaran dalam pengurusan fleet kenderaan kerajaan. SPANCO – Sentiasa Bersama Mu. #spancosdnbhd #spancomy #spancomalaysia #majliskeselamatannegara #pulaupinang

𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 📍 Rumah Peranginan Persekutuan Morib, Banting, Selangor | 20 Oktober 2026 SPANCO Sdn. Bhd. telah mengadakan taklimat Kursus Pengurusan Kenderaan Jabatan dan Pemanduan Selamat kepada 35 orang penyelia, pemandu dan pemandu eksekutif daripada Bahagian Pengurusan dan Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (JPM). Taklimat yang disampaikan oleh Encik Aizat Mohd Fadzir, Eksekutif Akaun SPANCO, memberi penekanan kepada pengurusan kenderaan jabatan serta kepentingan mengamalkan pemanduan yang selamat dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas rasmi. Inisiatif ini mencerminkan komitmen SPANCO dalam meningkatkan kesedaran tentang pengurusan fleet yang cekap, penjagaan kenderaan dan keselamatan pemanduan bagi menyokong kelancaran operasi agensi kerajaan. SPANCO – Sentiasa Bersama Mu. #spancosdnbhd #jabatanperdanamenteri #spancomalaysia #spancomy

Scope and Services