CSR

Pelancaran tukun kapal terbang pertama Malaysia.

Pada 19 Mei yang lalu SPANCO telah menjadi penaja bersama bagi pelancaran tukun kapal terbang pertama di Malaysia sebagai inisiatif melunaskan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR).

Program yang dinamakan sebagai ‘Malaysia Book of Records: First Aircraft Reef In Malaysia’ telah dianjurkan oleh Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD). Dua kapal terbang ringan pertama tersebut telah diletakkan pada kedalaman 18 meter dari dasar laut Pulau Lang Tengah, Terengganu untuk dijadikan tukun bagi membantu persekitaran habitat hidupan laut.

Selain menjadi tarikan baharu di pulau tersebut program itu juga telah berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Usaha penenggelaman dua rangka kapal terbang jenis Piper PA-31 Navajo ini adalah bagi meningkatkan kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam marin dalam kalangan pelancong agar tekanan ke atas terumbu karang di sekeliling perairan dapat dikurangkan seiring dengan amalan SPANCO yang sentiasa prihatin terhadap kelestarian alam sekitar.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Terengganu, Jabatan Perikanan, Kementerian Kewangan (MOF), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta sokongan strategik daripada Summerbay Resort Lang Tengah, Evenesis dan Gaya Travel Magazine.

photo1654409275

Next Post

Next Post Title